Mar 15
Korang mesti tahu apa itu direct download kan? Direct download ni maksudnya download terus daripada satu sumber(server). Banyak laman2 web luar negara yang menawarkan khidmat direct download ini. Tapi tak semuanya free. Untuk laman web yang membuat file hosting, selalunya akan dikenakan bayaran untuk mendownload secara bebas.Direct download ni beribu2 kali lagi cepat berbanding dengan cara P2P. Jadi, ramai orang lebih suka menggunakan kaedah ni tapi file yang kita betul2 kehendaki agak sukar dicari.
Kita akan merujuk kepada penggunaan direct download yang percuma dahulu. Ada banyak sebenarnya sumber2 untuk mendownload yang percuma terutamanya semenjak kewujudan blog2 free. Ramai pengguna lebih senang membina platform menggunakan blog berbanding laman2 web. Korang boleh cuba untuk cari sendiri kat Google. Antara laman2 direct download yang selalu orang rujuk adalah:
- Software
- Movie
- Mp3
- boleh didapati dengan mudah di blog2 mp3 contohnya
Ade banyak lagi sumber2 yang boleh kita perolehi melalui Google atau mane2 ejen carian internet. Tapi lebih baik gunakan Google sebab Google adalah enjin pencari yang terbaik setakat ini berbanding Yahoo, Altavista dan live.com. Kesimpulannya, semua benda boleh di cari dan didapati tetapi perlu kene pada cara dan tempatnya.
Mar 13
Ada beberapa cara yang popular yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan file2 yang kita kehendaki. Cara yang paling popular sekali adalah P2P - Peer to Peer (pengguna ke pengguna) iaitu download yang tidak memerlukan sebuah server sebagai pengantara. Pengguna boleh terus connect ke PC pengguna lain untuk mendapatkan barang2 yang dikehendaki. Contoh terbaik adalah Torrent dan LimeWire. Untuk menggunakannya, pengguna mestilah menggunakan download ‘client’ atau alat untuk mendownload seperti:
LimeWire kerap digunakan untuk mendownload file2 yang ringan seperti mp3, ebook dan video klip. Konsep LimeWire adalah file2 yang terdapat dalam satu sharing folder dalam satu PC, akan dikongsikan kepada pengguna2 lain. Contohnya, kalau kita ingin mencari mp3 lagu Dewi nyanyian kumpulan Dewa, taip ‘dewi’ dalam ruangan search dan LimeWire akan mencari mana2 sharing folder PC pengguna lain yang terdapat lagu ini. Jikalau tidak ada PC yang kongsi, maka mp3 yang hendak dicari tidak akan dijumpai.
Torrent pula berfungsi dengan cara yang agak berbeza. Ianya menggunakan tracker untuk mengumpulkan data dan lokasi tentang file yang dikongsi. Pengguna torrent akan mencari tracker file (.torrent) di mana2 website yang menawarkan khidmat pencarian torrent contohnya torrentspy.com, btjunkie.org, torrentreactor.com dan thepiratebay.org. Ini adalah antara website2 torrent terbaik dimana ramai pengguna menghantar torrent tracker file nye di sini. Setelah dapatkan tracker file tersebut, anda boleh terus mendownload menggunakan torrent client anda. Torrent selalunya diguna pakai untuk mendownload file2 yang besar contohnya movie, tv-series untuk satu musim dan discography.
Terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan P2P untuk mendownload. Antaranya ialah kewujudan file itu bergantung kepada seeder(pemberi) dan kecepatan download anda akan berkurang sekiranya tidak terdapat banyak seeder. Penggunaannya agak lambat berbanding anda menggunakan download terus (direct download) kerana kedudukan seeder dan kemampuan PC pengguna. File yang anda download juga berkemungkinan dijangkiti virus dan spyware dan sumbernya tidak begitu dipercayai.
Walaupun begitu, cara download ini adalah percuma.Harap tips ini dapat membantu anda dalam mengoptimiskan penggunaan download anda. Internet adalah perkongsian yang tiada penghujungnya..

Mar 13
Selamat! Selamat! Selamat!
Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk melawat blog kami.
Bookmark This Blog