Selamat datang ke blog apebarang.com Direct download - Pengenalan..
Mar 13

Ada beberapa cara yang popular yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan file2 yang kita kehendaki. Cara yang paling popular sekali adalah P2P - Peer to Peer (pengguna ke pengguna) iaitu download yang tidak memerlukan sebuah server sebagai pengantara. Pengguna boleh terus connect ke PC pengguna lain untuk mendapatkan barang2 yang dikehendaki. Contoh terbaik adalah Torrent dan LimeWire. Untuk menggunakannya, pengguna mestilah menggunakan download ‘client’ atau alat untuk mendownload seperti:

LimeWire kerap digunakan untuk mendownload file2 yang ringan seperti mp3, ebook dan video klip. Konsep LimeWire adalah file2 yang terdapat dalam satu sharing folder dalam satu PC, akan dikongsikan kepada pengguna2 lain. Contohnya, kalau kita ingin mencari mp3 lagu Dewi nyanyian kumpulan Dewa, taip ‘dewi’ dalam ruangan search dan LimeWire akan mencari mana2 sharing folder PC pengguna lain yang terdapat lagu ini. Jikalau tidak ada PC yang kongsi, maka mp3 yang hendak dicari tidak akan dijumpai.

Torrent pula berfungsi dengan cara yang agak berbeza. Ianya menggunakan tracker untuk mengumpulkan data dan lokasi tentang file yang dikongsi. Pengguna torrent akan mencari tracker file (.torrent) di mana2 website yang menawarkan khidmat pencarian torrent contohnya torrentspy.com, btjunkie.org, torrentreactor.com dan thepiratebay.org. Ini adalah antara website2 torrent terbaik dimana ramai pengguna menghantar torrent tracker file nye di sini. Setelah dapatkan tracker file tersebut, anda boleh terus mendownload menggunakan torrent client anda. Torrent selalunya diguna pakai untuk mendownload file2 yang besar contohnya movie, tv-series untuk satu musim dan discography.

Terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan P2P untuk mendownload. Antaranya ialah kewujudan file itu bergantung kepada seeder(pemberi) dan kecepatan download anda akan berkurang sekiranya tidak terdapat banyak seeder. Penggunaannya agak lambat berbanding anda menggunakan download terus (direct download) kerana kedudukan seeder dan kemampuan PC pengguna. File yang anda download juga berkemungkinan dijangkiti virus dan spyware dan sumbernya tidak begitu dipercayai.

Walaupun begitu, cara download ini adalah percuma.Harap tips ini dapat membantu anda dalam mengoptimiskan penggunaan download anda. Internet adalah perkongsian yang tiada penghujungnya..

One Response to “P2P - mendownload banyak barang secara percuma!”

  1. Website Torrent Tracker - Enjin Pencari untuk File Torrent Says:

    [...] anda. Untuk siape2 yang tak tahu apa itu torrent tracker, sila baca post yang lepas atau klik sini. Ramai pengguna di Malaysia ini lebih memilih cara torrent untuk mendapatkan file2 yang besar [...]

Leave a Reply