Youtube adalah satu platform untuk menonton video yang terbaik sekali setakat ini. Hampir semua video yang kita mahukan boleh didapati dari website ni. Kadang2 kita selalu sangat tengok video2 yang kita suka berulang kali setiap kali ke Youtube. Kenapa kita tak download je video2 tu? Kan lagi senang? Tak perlu lagi kita menunggu untuk video ini habis loading.
Terdapat beberapa cara untuk mendownload video2 jenis ini. Selalunye, video2 streaming di internet akan menggunakan format .flv (Flash Video) sbb ianya kecil dan berkualiti kerana menggunakan teknik video compression. Terdapat 3 cara, pertamanya dengan menggunakan Mozilla Firefox browser dan install satu extension, Video Downloader yang boleh didapati di sini. Cara ini sangat popular bagi pengguna Firefox kerana ianya sangat mudah. Untuk melihat dengan lebih jelas lagi, sila rujuk video contoh di bawah:
Kalau rase cara ni macam tak best je atau anda ada menggunakan perisian download manager tersendiri, anda boleh menggunakan cara kedua iaitu dapatkan URL untuk mendownload terus video ini di beberapa beberapa website. Website ini akan bertindak sebagai decoder kepada video URL + ID yang terdapat pada URL video tu. Antara website2 yang dimaksudkan ialah:
Apa yang anda perlu lakukan adalah copy URL dekat address bar browser anda, dan paste kan pada ruang yang terdapat dalam website2 di atas. Selepas itu, tekan Enter dan anda akan mendapat direct URL untuk ke file video tersebut mengikut format video.
Cara ketiga adalah dengan menginstall satu software yang namanya Youtube Downloader. Ianya boleh didapati di sini secara percume. Software ini berfungsi sama seperti yang lain cume ianya adalah standalone application. Sekali install terus boleh tahu macam mane nak gune.
Walaubagaimanapun, JaviMoya telah pun dikesan oleh YouTube dan YouTube telah meng’encode’ lagi URL video2 dan menyebabkan website ini tidak dapat mengeluarkan output yang betul. Cara yang paling terbaik sekali adalah dengan menggunakan Firefox Extension. Sangat mudah, selamat, tak perlu copy paste dan masih belum ada penyelesaian dari YouTube untuk menghalang extension ini dari mendapatkan video secara terus!

Bookmark This Blog