Mendownload Streaming-Video (Youtube, Google Video) File Hosting - Cepat, Mudah, Selamat tapi Berbayar
Apr 16

Kaki download biasanya amat memerlukan software ini. Seperti namanya, Download Manager akan menolong kita dalam pengurusan rutin download seperti mempercepatkan download sehingga 10 kali ganda, menyimpan URL file, menyambung semula download apabila terputus connection, menyusun file yang telah siap mengikut jenis dan banyak lagi. Terdapat banyak software2 download manager di pasaran tetapi tidak semuanya percuma. Antara software2 yang popular adalah:

Download Manager akan membuka banyak port untuk mendownload. Selalunya, kalau kita mendownload direct menggunakan browser, ianya akan membuka satu port sahaja untuk mencapai file. Tapi, download manager boleh menggunakan sehingga 10 port untuk mendownload.

Kebiasaannya, bagi mereka yang menggunakan Windows atau Linux, half-open (port yang digunakan untuk mencapai internet untuk browsing) akan diset kepada 10. Anda boleh mengubah nilai ini kepada 50 tetapi ianya memerlukan pengubahsuaian pada file system anda. Tetapi anda kena pastikan modem/router anda mampu menampung peningkatan connection supaya nampak kesannya.

Contoh download boost dari software Internet Download Manager:

Leave a Reply