Download Manager - Cepatkan Download Anda Pencarian Direct Download Menggunakan Google
Apr 17

File hosting adalah satu cara yang popular untuk pengguna internet berkongsi file. Konsepnya sama macam shared-hosting, web-hosting dan email-hosting. Konsep hosting di sini bermaksud kita meletakkan satu file di satu server yang boleh diakses oleh mane2 pengguna internet seluruh dunia. Sekiranya anda berminat untuk membuat file hosting, anda memerlukan ruang simpanan hard disk yang besar dan laju (selalunya SCSI atau i-SCSI hard disk), connection yang laju untuk download/upload ke/dari server dan mirroring system(membenarkan pengguna mendownload satu fail yang sama dari server lain).

Disebabkan kos yang agak tinggi, penggunaan file-hoster untuk direct download yang inifiniti sekarang ini mengenakan bayaran untuk pengguna yang sah. Walaupun begitu, ianya adalah sangat berbaloi. Anda boleh mendapatkan movie yang selalunya di download menggunakan torrent yang selalunya makan masa 2-3 hari dalam masa 1 jam sahaja. Penggunaannya juga amat efisyen sekiranya anda mempunyai download manager yang boleh mem’boost’ download sehingga 8-10 kali ganda(rujuk topik sebelum ini). Juga terdapat banyak blog, forum dan website yang bertindak sebagai pencari URL untuk file2 yang anda hendak download.

Antara file-hoster yang terkenal seluruh dunia adalah rapidshare.com, megaupload.com, mediafire.com, filefactory.com, badongo.com dan semestinya apebarang.com. Antara semua ini, rapidshare dan megaupload boleh dikatakan file-hoster terbaik dan mendominasi bidang file-hoster ni. Saya juga merupakan pengguna sah rapidshare.com (premium account EURO 6.99/bulan). Sebagai kaki download, ini adalah satu peluang terbaik yang tak patut dilepaskan.

Rapidshare.com mempunyai ruang storage 4.5 PB(petabytes) iaitu bersamaan dengan 4,500,000 GB dan kelajuan internet sehingga 230Gb/s. Ia juga mempunyai banyak mirror yang boleh dipilih untuk host satu file(selalunya 5-8 mirror). Ia juga meggunakan SSL(Secure Socket Layer) yang boleh mengencrypt transaksi anda dan mempunyai log file bagi setiap file yang telah didownload. Hanya satu IP sahaja dibenarkan ketika download dalam satu2 mase. Maknanya anda mendownload dalam ruang yang sangat selamat. Hampir semua file yang boleh kita didapati secara P2P(torrent, mIRC dan limewire) boleh didapati secara direct download di sini. Cuma anda kene tahu di mana anda perlu cari URL file2 yang dikehendaki. Ini boleh dibantu oleh encik Google.

Rapidshare juga boleh digunakan secara percuma tetapi penggunaannya telah diterhadkan. Rujuk gambar dibawah:

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan premium akaun rapidshare anda boleh pergi ke website rapidshare atau menghubungi kami di acopkirk[a]gmail.com. Kami ni bukan reseller rapidshare, tapi hanya nak tolong pengguna lain kerana rapidshare hanya menerima 3 cara bayaran iaitu paypal, wired-transfer dan pay-by-phone. Kami bukan along, kami cuma nak tolong. Hehe..

Leave a Reply