Apr 21

Mozilla Firefox adalah internet browser yang terkenal dan mempunyai ramai pengguna seluruh dunia. Ianya mempunyai banyak plug-in dan extension yang berguna, user-friendly, ringan, theme dan setting browser yang boleh diubah mengikut kesukaan kita, di support terus oleh Google, open-source dan yang paling penting sekali, percuma.

Bagi pengguna yang selalu mem’browsing’ internet menggunakan Firefox, anda mesti akui yang browser ini memang sudah agak laju. Tapi kita boleh menambah lagi kelajuan browsing dan downloadnya dengan melakukan beberapa pengubahsuaian pada Firefox setting. Caranya:

  1. Taip di Address Bar, ‘about:config’ (tanpa quote) dan tekan Enter
  2. Double-click pada setiap setting yang berkaitan dan tukar nilainya mengikut contoh di bawah:
  • browser.tabs.showSingleWindowModePrefs – true
  • network.http.max-connections – 48
  • network.http.max-connections-per-server – 16
  • network.http.max-persistent-connections-per-proxy – 8
  • network.http.max-persistent-connections-per-server – 4
  • network.http.pipelining – true
  • network.http.pipelining.maxrequests – 100
  • network.http.proxy.pipelining – true
  • network.http.request.timeout – 300

Dan ada satu lagi penambahan, klik kanan pada mane2 ruang dalam setting dan pilih New > Integer. Namakannya sebagai ‘nglayout.initialpaint.delay’ (tanpa quote) dan letakkan nilai 0 (sifar). Tapi setting yang ini hanya berkesan pada pengguna dedicated broadband (cth streamyx) dan bukan dial-up atau wireless. Nilai ‘0′ adalah tempoh masa browser menunggu sebelum ia bertindak pada data yang diterima. Kalau anda dah pakai broadband, tidak sepatutnya menunggu semua data sampai dan dikumpul dulu sebab connection anda adalah laju dan dedicated.

Sekarang, anda akan perasan yang kelajuan Firefox akan bertambah. Cubalah!!

Apr 21

Saya ada menyebut dalam post2 sebelum ini tentang risiko mendownload file yang berkemungkinan dijangkiti virus, spyware dan adware. Kenapa saya kata begitu?

Semua pengguna internet di dunia ni akan memilih untuk mendownload ape2 file atau menggunakan servis website2 yang percuma. Contohnya, torrent dan limewire kerana ianya sangat mudah digunakan. Ini untuk mengurangkan kos dan kita akan rase ape yang kita dapat itu sangat berbaloi. Hackers dan crackers akan mengambil kesempatan dari sumber yang free ini untuk menyebarkan “dakwah” mereka. Selalunya, virus, spyware dan adware ini akan menolong hackers/crackers untuk melancarkan serangan mereka secara senyap apabila berjangkit ke PC kita.

Anda tahu brontok(atau rontok-bro)? Ini adalah virus yang pernah popular di Malaysia. Virus ini akan meng’take-over’ PC kita dan melakukan macam2 benda yang kita tak tahu disebaliknya. Contohnya, ia akan menyerang mane2 website Israel dengan menghantar banyak paket besar dari PC anda. Selalunya PC yang kene virus ini akan jadi lembap, sama ada nak mulakan Windows ataupun tengah pakai Internet.

Agak sukar untuk kita menentukan sama ada file yang kita download itu ada virus atau tak. Kita hanya akan tahu bile ia sudah didownload ke dalam PC kita saje. Sebelum didownload, pastikan ianya datang dari sumber yang dipercayai. Contohnya kalau kita nak download sesuatu software, download di website pengeluar produk itu sendiri atau ke website download yang popular seperti download.com, softpedia.com, tucows.com dan sourceforge.net.

Continue reading »