Website Torrent Tracker - Enjin Pencari untuk File Torrent Tambahkan Kelajuan Browsing/Download - Mozilla Firefox
Apr 21

Saya ada menyebut dalam post2 sebelum ini tentang risiko mendownload file yang berkemungkinan dijangkiti virus, spyware dan adware. Kenapa saya kata begitu?

Semua pengguna internet di dunia ni akan memilih untuk mendownload ape2 file atau menggunakan servis website2 yang percuma. Contohnya, torrent dan limewire kerana ianya sangat mudah digunakan. Ini untuk mengurangkan kos dan kita akan rase ape yang kita dapat itu sangat berbaloi. Hackers dan crackers akan mengambil kesempatan dari sumber yang free ini untuk menyebarkan “dakwah” mereka. Selalunya, virus, spyware dan adware ini akan menolong hackers/crackers untuk melancarkan serangan mereka secara senyap apabila berjangkit ke PC kita.

Anda tahu brontok(atau rontok-bro)? Ini adalah virus yang pernah popular di Malaysia. Virus ini akan meng’take-over’ PC kita dan melakukan macam2 benda yang kita tak tahu disebaliknya. Contohnya, ia akan menyerang mane2 website Israel dengan menghantar banyak paket besar dari PC anda. Selalunya PC yang kene virus ini akan jadi lembap, sama ada nak mulakan Windows ataupun tengah pakai Internet.

Agak sukar untuk kita menentukan sama ada file yang kita download itu ada virus atau tak. Kita hanya akan tahu bile ia sudah didownload ke dalam PC kita saje. Sebelum didownload, pastikan ianya datang dari sumber yang dipercayai. Contohnya kalau kita nak download sesuatu software, download di website pengeluar produk itu sendiri atau ke website download yang popular seperti download.com, softpedia.com, tucows.com dan sourceforge.net.

Untuk torrent tracker, pergilah ke website2 yang mempunyai komen bagi setiap torrent. Sebelum download torrent itu, pastikan anda baca dulu komen atau review dari pengguna lain contohnya website btjunkie.org. File yang mudah dijangkiti selalunya dalam bentuk compressed file seperti .zip dan .rar. Apabila sudah siap file itu didownload menggunakan torrent client, kita akan menguncompress file tersebut. Selalunya ianya akan disertakan sekali dengan beberapa file yang kita tak perlu seperti .bat, .exe dan macam2 lagi. Jangan klik pada file yang lain selain dari ape yang anda nak. Ataupun selepas siap didownload, scan dulu dengan antivirus dari PC anda.

Saya tidak mengesyorkan untuk menggunakan LimeWire jika disebut mengenai keselamatan kerana konsep LimeWire adalah mendownload file dari PC orang lain dimana file2 tersebut ada dalam sharing folder. Maknenya, anda sangat mudah terdedah untuk mendownload file yang sudah diubah secara terus oleh pengguna lain. Dan kita pun tak tahu sape pengguna lain yang kita download failnya. Ramai juga hackers menggunakan LimeWire sebagai medan termudah menyebarkan file2 yang tak selamat.

Untuk download attachment dari email, gunakan lah email provider yang popular dan dipercayai seperti Yahoo, Hotmail dan GMail. Attachment anda akan discan secara online dulu sebelum boleh didownload. Email juga menjadi satu ruang yang mudah untuk menyebarkan virus. Anda juga dinasihatkan jangan download apa2 attachment yang terdapat dalam folder spam/bulk/junk. Pastikan download dari Inbox sahaja.

Anda juga boleh menggunakan beberapa software untuk meningkatkan sekuriti PC anda seperti COMODO dan ZoneAlarm. Ia akan mengscan semua incoming data apabila menggunakan internet. Spybot Search & Destroy sangat berguna untuk menjaga PC anda dari spyware dan adware. Ianya boleh dianggap permbersih spyware dan adware terbaik dan popular yang boleh kite dapati sekarang ini. Dan yang paling penting sekali adalah penggunaan anti-Virus dalam PC anda. Pastikan ianya selalu di update sebab setiap hari, beribu2 virus baru akan muncul. Kalau tak update, cari nahas la kita.

Yang akhir sekali, elak kan la dari pergi website2 yang mengarut seperti warez, porn, online gambling dan lain2. Confirm PC kita dan kita akan bersih luar dan dalam, zahir dan batin. Tak pun, pakai je Linux, takde pon problem2 virus ni. 95% virus dibuat untuk produk Microsoft-based (bak kata Symantec Norton Antivirus).

Oleh itu, buat la ape2 pertimbangan yang patut sebelum melakukan sesuatu. Kalau dah infected nanti, cara terbaik adalah format. Kalau tak tahu nak format, klik la affiliate kat side bar tepi tu. Hehe..

2 Responses to “Cara untuk Memastikan File di Download adalah Selamat”

  1. taukey Says:

    hmmm nasihat yang baik…saya byk download file entah dari web site apa pun tak tahu….tapi buat masa sekarang masih selamat….nampaknya mmg tak boleh di amalkan …kalau tak mmg naya…

    TQ atas nasihat bro.

  2. admin Says:

    Same2. Ini tak bermakna tak leh gi website mane2 untuk mendownload, tapi berjaga2 lah ye. Ape2hal roger!

Leave a Reply