Salam.. Sekarang ni banyak betul broadband2 provider di Malaysia. Kalau dulu kita kene pakai dial-up, tapi sekarang ni sudah ade dedicated dan wireless broadband. Kalo dedicated broadband tu mestilah TMNET Streamyx dan Jaring yang paling terkenal kn? Kalo wireless lak selalunya Maxis Broadband, Celcom, dan iZZi. Ape jenis pun yang anda pakai, anda jangan rase yang penggunaan internet adalah membazir dan terhad. Kita mesti tahu utilize penggunaan internet ni supaya kita dapat faedah yang besar.
Kenapa kita perlu broadband di rumah? Ade pengguna internet yang sudah bekerja merasakan yang internet di rumah tu macam membazir. Sebab internet di ofis dah ade. Lagi pun internet ofis lagi hebat dan best (dedicated bandwidth, penggunaan unlimited dan boleh file-sharing dengan pengguna lain). Penggunaan internet yang efisien boleh membantu anda menjimatkan wang, masa dan tenaga sambil2 mendapatkan hiburan.
Aku ada jawapan kepada soalan di atas. Jawapan aku lak ade 10. So, aku list kan la satu2:
- Boleh mendapatkan movie2, mp3, video-clip, software yang best dan berkualiti tinggi dengan PERCUMA.
- Boleh menonton Streaming-TV untuk menonton bola, documentary dan lain2 dengan PERCUMA.
- Boleh membeli belah pakai online banking sambil duduk.
- Boleh memudahkan komunikasi antara pengguna lain dengan adanya YM, MSN dan GoogleTalk secara PERCUMA.
- Boleh meningkatkan pengetahuan dan membuka minda dengan membaca hampir semua jenis paper, website, blog dan forum setiap hari secara PERCUMA.
- Boleh membuat keje dari rumah tanpa perlu ke ofis (bagi yang keje bidang IT macam aku).
- Boleh mencari sumber pendapatan dengan membuat blog, advertising, jual barang dan macam2 servis lain.
- Boleh meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan PC kita kerana anti virus, operating system dan aplikasi2 lain boleh di update secara online dan PERCUMA.
- Boleh menghiburkan dan menghilangkan bosan dengan menonton pelbagai jenis video dan rancangan kat streaming website contohnya YouTube, DailyMotion, gua.com.my dan murai.com.my secara PERCUMA.
- Tak payah beli TV, DVD player, radio atau alat-alat media yang lain sebab semuanya boleh didapati secara online.
Kalau diteliti dalam list di atas, perkataan PERCUMA digunakan sebanyak 6 kali. Jadi, dengan hanya membayar satu nilai setiap bulan(bergantung pada pakej broadband anda), anda boleh mendapat segala kelebihan di atas tanpa mengeluarkan sesen pun. Sangat berbaloi kan? Nantikan post2 yang akan datang tentang bagaimana kita boleh melaksanakan 10 perkara di atas dari rumah. Chalo!

Bookmark This Blog