Salam.. Firefox dan Internet Explorer(IE) adalah internet browser yang paling popular sekali di kalangan pengguna2 internet sekarang. Ramai pengguna advanced yang lebih suka menggunakan Firefox kerana kehebatan dan kemudahannya disamping mempunyai banyak add-on dan theme yang mengikut kesesuaian pengguna.
Tahukan anda cara pembacaan coding website oleh Firefox dan IE adalah berbeza? Kadang2 kita akan perasan yang sesuatu website akan jadi lawa dan teratur pada Firefox tetapi dekat IE, semuanya tunggang langgang dan sebaliknya. Bagi pengguna Firefox, terdapat satu extension yang bertindak sebagai IE pada Firefox anda. Camne tu?
Apa yang anda perlu buat adalah dengan menginstall satu add-on untuk Firefox iaitu IEtab. Anda boleh mendownload terus di sini. Untuk maklumat lanjut, pergilah ke website developer itu sendiri. IEtab bertindak sebagai IE dalam Firefox tab anda. Cara nya, buka new tab, klik kanan pada tab tersebut, dan pilih ‘Switch Rendering Engine’ seperti gambar di bawah:
Selepas itu, anda akan perasan yang Firefox anda telah membaca website dengan cara IE. Cara nak tentukan yang Firefox kita tengah pakai enjin mane boleh dirujuk pada hujung bawah kanan Firefox tu macam gambar kat bawah:
Jadi, tak perlulah kita buka IE dan Firefox dalam masa yang sama. Tak pun IE tu boleh je uninstall supaya ringan sikit komputer kita. Macam2 teknologi open-source sekarang ni yang boleh menewaskan Microsoft. Tapi Bill Gates tetap gak antara orang terkaya di dunia. Sabar je la..



May 1st, 2008 at 10:09 am
Maksih pelajaran dan pencerahamnnya; sajian blog yang insoiratif
May 4th, 2008 at 12:55 am
[...] Acop - Banyak memberikan tips Komputer dan Pakar [...]
May 6th, 2008 at 7:43 am
[...] Acop : mber aku sejak skolah menengah rendah [...]