Sep 01

Salam..

Dah lama tak update blog ni..Keje banyak sgt. Outstation la, keluar produk baru la, UiTM punye issue la, semuanya kene handle dalam masa yang singkat. So kali ni, aku nak cerita sket pasal addon Firefox yang aku pakai. Semuanya ni sgt berguna dan aku recommend sgt2.

  • Fission - Utk progress bar macam Safari browser. Mencantikkan lg browser
  • Tab Scope - Utk wat preview bile kite rollover kat tab Firefox
  • Text2Link -  Membuka text yang xde URL. Just select text tu dan klik open
  • IE Tab -  Internet explorer dalam Firefox
  • FlagFox - Tunjukkan detail dlm bentuk bendera utk website location
  • FireFTP - Utk FTP. tak payah install FTP client pon. Add on ni dah cukup

Semua addon ni sangat berguna utk aku. Tapi x tahu la utk korg. So korg boleh search sendiri kat add on site utk Firefox. Ada byk yg best2. Korang check2 la sendiri..

Jun 29

Penggunaan shortcut pada keyboard dapat membantu mempercepatkan dan membantu kita menyiapkan tugasan. Walaupun penggunaan mouse boleh dikatakan efisyen, tapi kalo ditambah dengan kelajuan keyboard, lagi2 la mantap kan?

Berikut merupakan koleksi shortcut pada keyboard Windows:

Shortcut untuk execute Windows Tools Application:
Windows key + R = Run menu

Command di bawah untuk ditaip pada ruang Run tersebut:
cmd = Command Prompt
iexplore + “web address” = Internet Explorer
compmgmt.msc = Computer Management
dhcpmgmt.msc = DHCP Management
dnsmgmt.msc = DNS Management
services.msc = Services
eventvwr = Event Viewer
dsa.msc = Active Directory Users and Computers
dssite.msc = Active Directory Sites and Services
Windows key + E = Windows Explorer
devmgmt.msc = Device Manager
msinfo32 = System Information
cleanmgr = Disk Cleanup
ntbackup = Backup or Restore Wizard (Windows Backup Utility)
mmc = Microsoft Management Console
excel = Microsoft Excel (If Installed)
msaccess = Microsoft Access (If Installed)
powerpnt = Microsoft PowerPoint (If Installed)
winword = Microsoft Word (If Installed)
frontpg = Microsoft FrontPage (If Installed)
notepad = Notepad
wordpad = WordPad
calc = Calculator
msmsgs = Windows Messenger
mspaint = Microsoft Paint
wmplayer = Windows Media Player
rstrui = System Restore
netscp6 = Netscape 6.x
netscp = Netscape 7.x
netscape = Netscape 4.x
waol = America Online
control = Opens the Control Panel
control printers = Opens the Printers Dialog

Continue reading »

Jun 17

Tahukah anda yang anda boleh menaip ape yang anda nak cari terus di address bar Firefox anda? Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mencari website PTPTN, hanya perlu terus ke address bar dan taip PTPTN. Firefox akan automatik pergi ke Google dan mencari website yang paling tepat dengan carian dan menredirect terus ke website itu. So, anda tak perlu ke enjin pencari lagi sekiranya anda tak tahu alamat sebenar website yang anda nak pegi tu.

Satu lagi tips ialah anda boleh membuka new tab dari link pada satu website secara terus dengan klik pd scroller anda. Kebanyakan mouse skrg ni dah ade scroller kat tengah2 tu. Sekiranya ada scroller, gi kat mane2 website dan klik pada link dengan menekan scroller, Firefox akan membuka website pada new tab. Nak tutup balik tab tu, simply click je kt tab tu dengan scroller button. Tak perlu click icon pangkan tu.

Selain itu, carilah plug-in2 menarik di website addon Firefox.  Anda boleh menyesuaikan nya dengan penggunaan rutin anda utk memudahkan kerja. Ringkas bukan?? Ade lagi tak tips2 menarik? Mari la berkongsi.. Kongsi itu amalan mulia kalo korang nak tahu.hehe

Jun 01

Di waktu ini, USB adalah medan terbaik untuk menyebarkan virus. USB sangat mudah digunakan kerana tiada driver diperlukan untuk PC mendetect hardware yang connect melalui port USB ini. Selalunye pendrive dan hard disk external selalu menjadi medium pengantara untuk virus masuk ke dalam PC.

Ada beberapa cara yang boleh kite guna untuk mengelakkan PC kite dijangkiti walaupon pendrive yang connect tu ade virus. Caranya adalah:

  • Disablekan AutoRun - Virus selalunya akan masuk ke dalam PC kite apabila USB itu akan run secara automatik setelah dicucuk. Jangan sesekali masuk ke dalam pendrive anda selepas autorun. Untuk disable kan AutoRun:
  1. Click Start > Run dan taip ‘regedit’(tanpa quote)
  2. Pegi ke HKEY_LOCAL_MACHINE > SYSTEM > CurrentControlSet > Services > Cdrom
  3. Double click AutoRun dan tukar nilai 1 itu kepada 0
  4. Click OK dan restart PC

  • Cara paling selamat untuk masuk ke pendrive anda tanpa meng’execute’kan virus dalam USB adalah melalui Address Bar. Misalnya, anda bukak My Computer, dan klik pada address bar dan pilih drive untuk pendrive. Ini tidak akan me’run’kan virus ke dalam PC.

  • Dinasihatkan juga supaya anda lihat semua file dalam pendrive itu dengan show kan semua hidden file termasuk filesystem sekali. Caranya adalah:
  1. Buka My Computer > Tools > Folder Options
  2. Klik kat tab ‘View’ > Pilih ‘Show hidden files and folders’ dan JANGAN tandakan ‘Hide protected operating system file’ (click OK kalau Windows ade keluarkan prompt alert)
  3. Click Apply dan OK

Continue reading »

May 30

Salam.. Ada banyak cara untuk kita memblock satu2 website itu dari access ke PC kite. Juga terdapat banyak software di pasaran yang boleh membantu kita menguruskan unwanted website ni. Dalam internet browser juga terdapat option yang boleh memblock website, tapi kelemahannya, pengguna lain boleh unblock balik website tu so macam tak guna je block. Lagi satu, kalo kite ade banyak browser, kene block satu2 la jawabnye.

Baru2 ini, Porsche Glenmarie ade nak beli satu software untuk sekadar block youtube aje sbb mekanik2 die selalu sgt tgk youtube kalo takde keje. Kenapa perlu beli software mahal2 utk memblock website sedangkan kita boleh je guna secara percuma? Pastu aku terus mengapply satu cara ni kat PC mechanic diorg iaitu:

1. Untuk Windows user, pegi kat Start > Run pastu taip command ni:

  • notepad C:/Windows/System32/drivers/etc/hosts

2. Tambahkan domain website yang hendak diblock di bawah 127.0.0.1 localhost:

127.0.0.1 localhost

127.0.0.1 youtube.com

127.0.0.1 msn.com

dan seterusnya

3. Save file tersebut dan exit.

Untuk UNIX-based operating system, buat bende yang same pada file /etc/hosts dengan menggunakan text editor.

Apa sebenarnya terjadi setelah setting ini dibuat?

Continue reading »