Jul 28
Salam,
Lagi berita baik untuk rakyat malaysia yang memang kaki download. Korang boleh beli account rapidshare dari reseller Malaysia. Tak perlu lagi menggunakan paypal. Percayalah, kalo korang ade account ni, lengkap la idup korang sebagai pengguna internet.
Rapidshare ni banyak kegunaan nya. Walaupon berbayar, tetapi sangat berbaloi. Aku dah menggunakan rapidshare ni dekat 7 bulan dan memang puas hati. Abes penuh hard disk aku sebab download je kejenya. Maklum la unlimited.. hehe.
Kalo korang nak tahu lebih lanjut tentang kehebatan rapidshare, rujuk post aku yang terdahulu. Kalo nak tips2 menarik dan macam mane nak dapatkan file yang kite kehendaki dari rapidshare, korg boleh request utk aku wat post. Aku akan ajar dari A to Z sampai korg puas hati. Hehe.
2 reseller Rapidshare di Malaysia ialah:
May 20
Salam..Dah lama gila aku tak update blog ni. Mesti ade yang rindu2 kn? Haha.
Arini nak cerita sikit pasal torrent. Ramai pendownload2 di Malaysia ni selalu menggunakan torrent sebagai medan terbaik untuk mendownload. Memang mudah pakai torrent ni. Tapi ianya agak lembap sebab kite mendownload file dari PC pengguna2 lain. Tapi penggunaan setting yang advanced akan membuatkan torrent kite laju gile. Tak percaya? Tengok gambar bawah ni:


Klik gambar untuk lagi clear. Tumpukan pada bulatan merah tu.
Agak2 korang, camne boleh laju camtu? Aku tengah download G3 concert yang baru. Full DVD version berkapasiti 5.57GB. Dalam masa 18 minit start mendownload, kelajuan yang dicapai adalah 500 KB/s. Kalau dilihat, bilangan seeder dan leecher die tak ramai pun. Ini lah kehebatan VPN. Nak tahu camne nak gunakan VPN untuk kelajuan maksima download anda? Tunggu post yang akan datang. Hehe
Apr 26
Untuk mengimbangi penggunaan internet pengguna, Internet Explorer melimitkan nilai connection kepada dua aktif download dan satu in-queue download. Ini kerana Internet Explorer (bukan IE7) bertindak sebagai standalone browser, dimana per website dibuka dalam satu Windows sahaja. Walaubagaimanapun, kita boleh mengubah nilai ini supaya jumlah connection yang boleh diterima oleh Internet Explorer bertambah sejajar dengan kelajuan internet kita sekarang.
Untuk menambahkan bilangan connection yang boleh diterima oleh Internet Explorer, ikut cara ini:
- Klik Start > Run > taip ‘regedit’ (tanpa quote)
- Pergi ke HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Internet Settings
- Klik Edit kat Menu bar > New > DWORD Value
- Namakan value ini sebagai ‘MaxConnectionsPer1_0Server’ (tanpa quote)
- Klik kanan dekat MaxConnectionsPer1_0Server value, pilih Modify
- Di bahagian Base, pilih ‘Decimal’
- Tukar nilai data Value Data kepada 10.
- Klik OK
- Ulang langkah 3 hingga 8 untuk satu lagi value iaitu ‘MaxConnectionPerServer’ (tanpa quote) dan keluar registry editor
Pengubahan setting ini bergantung juga kepada kelajuan internet anda. Pastikan anda berhati2 dalam pengubahsuaian file system. Jangan tersilap ubah pulak. Naya nanti!
Apr 21
Mozilla Firefox adalah internet browser yang terkenal dan mempunyai ramai pengguna seluruh dunia. Ianya mempunyai banyak plug-in dan extension yang berguna, user-friendly, ringan, theme dan setting browser yang boleh diubah mengikut kesukaan kita, di support terus oleh Google, open-source dan yang paling penting sekali, percuma.
Bagi pengguna yang selalu mem’browsing’ internet menggunakan Firefox, anda mesti akui yang browser ini memang sudah agak laju. Tapi kita boleh menambah lagi kelajuan browsing dan downloadnya dengan melakukan beberapa pengubahsuaian pada Firefox setting. Caranya:
- Taip di Address Bar, ‘about:config’ (tanpa quote) dan tekan Enter
- Double-click pada setiap setting yang berkaitan dan tukar nilainya mengikut contoh di bawah:
- browser.tabs.showSingleWindowModePrefs – true
- network.http.max-connections – 48
- network.http.max-connections-per-server – 16
- network.http.max-persistent-connections-per-proxy – 8
- network.http.max-persistent-connections-per-server – 4
- network.http.pipelining – true
- network.http.pipelining.maxrequests – 100
- network.http.proxy.pipelining – true
- network.http.request.timeout – 300
Dan ada satu lagi penambahan, klik kanan pada mane2 ruang dalam setting dan pilih New > Integer. Namakannya sebagai ‘nglayout.initialpaint.delay’ (tanpa quote) dan letakkan nilai 0 (sifar). Tapi setting yang ini hanya berkesan pada pengguna dedicated broadband (cth streamyx) dan bukan dial-up atau wireless. Nilai ‘0′ adalah tempoh masa browser menunggu sebelum ia bertindak pada data yang diterima. Kalau anda dah pakai broadband, tidak sepatutnya menunggu semua data sampai dan dikumpul dulu sebab connection anda adalah laju dan dedicated.
Sekarang, anda akan perasan yang kelajuan Firefox akan bertambah. Cubalah!!
Apr 21
Saya ada menyebut dalam post2 sebelum ini tentang risiko mendownload file yang berkemungkinan dijangkiti virus, spyware dan adware. Kenapa saya kata begitu?
Semua pengguna internet di dunia ni akan memilih untuk mendownload ape2 file atau menggunakan servis website2 yang percuma. Contohnya, torrent dan limewire kerana ianya sangat mudah digunakan. Ini untuk mengurangkan kos dan kita akan rase ape yang kita dapat itu sangat berbaloi. Hackers dan crackers akan mengambil kesempatan dari sumber yang free ini untuk menyebarkan “dakwah” mereka. Selalunya, virus, spyware dan adware ini akan menolong hackers/crackers untuk melancarkan serangan mereka secara senyap apabila berjangkit ke PC kita.
Anda tahu brontok(atau rontok-bro)? Ini adalah virus yang pernah popular di Malaysia. Virus ini akan meng’take-over’ PC kita dan melakukan macam2 benda yang kita tak tahu disebaliknya. Contohnya, ia akan menyerang mane2 website Israel dengan menghantar banyak paket besar dari PC anda. Selalunya PC yang kene virus ini akan jadi lembap, sama ada nak mulakan Windows ataupun tengah pakai Internet.
Agak sukar untuk kita menentukan sama ada file yang kita download itu ada virus atau tak. Kita hanya akan tahu bile ia sudah didownload ke dalam PC kita saje. Sebelum didownload, pastikan ianya datang dari sumber yang dipercayai. Contohnya kalau kita nak download sesuatu software, download di website pengeluar produk itu sendiri atau ke website download yang popular seperti download.com, softpedia.com, tucows.com dan sourceforge.net.
Continue reading »
Bookmark This Blog