Apr 24

Salam.. Selalunya pengguna Windows akan membuat hidden folder dengan cara klik kanan > properties > tandakan pada hidden dan klik OK, betul tak?

Ada satu lagi cara best. Cara ini membuatkan folder anda tidak dibaca sebagai hidden folder oleh Windows dan anda boleh mengakses dengan double-click seperti folder2 lain. Ia hanya menginvisblekan folder tersebut. Walaupon anda tukar setting ‘Show Hidden File’ pun, folder ni takkan nampak. Caranya adalah:

  1. Buat satu folder di mane2 directory yang anda mahu (klik kanan > New > Folder)
  2. Klik kanan pada folder baru dan pilih Rename.
  3. Tekan butang “Alt” (selalunya sebelah spacebar) dan taip “0160″ (mesti pakai Numpad - nombor2 yang dekat sebelah kanan keyboard anda) dan tekan Enter.
  4. Anda telah berjaya menghilangkan nama folder anda!
  5. Klik kanan pada folder itu lagi, Properties > Customize > Change Icon > pilih icon yang tak mempunyai gambar (selalunya ia terletak sebelah icon mangga dan icon bumi)
  6. Klik OK dan Apply dan OK. Anda telah siap membuatkan folder anda invisible. Kalau anda letak kat bahagian Desktop, confirm kawan2 tak perasan yang folder anda ada di situ!