Website torrent tracker adalah enjin pencari yang meng’host’kan tracker file untuk digunakan oleh torrent client (uTorrent, BitComet, Azureus) anda. Untuk siape2 yang tak tahu apa itu torrent tracker, sila baca post yang lepas atau klik sini. Ramai pengguna di Malaysia ini lebih memilih cara torrent untuk mendapatkan file2 yang besar seperti movie, tv-series satu season, discography, software dan macam2 lagi. Sebab utama adalah free dan mudah.
Satu cara yang berkesan untuk memilih website torrent mane yang mempunyai sumber torrent terbaik dan terbanyak adalah dengan merujuk Alexa (website trafik informasi). Sekiranya website itu mempunyai trafik yang tinggi, sudah tentu website itu dipercayai dan popular. Antara website torrent yang terbaik dan terpopular sekali sehingga kini (ranking Alexa - 20/4/2008):
Secara keseluruhannya, website torrent yang ada dalam list di atas mempunyai banyak file torrent tapi tak boleh dipercayai keasliannya. Ini memungkinkan anda mendownload file yang telah dijangkiti virus, spyware, adware dan macam2 bende yang kita tak ingin berjangkit ke PC kita. Untuk mempercepatkan download torrent, kita mesti memilih torrent yang mempunyai seeder dan leecher yang banyak.
Ada juga beberapa website torrent yang menumpukan pada pengeluaran satu2 jenis torrent. Contohnya, kalau anda nak mencari torrent untuk high-quality movie(DVDrip), anda boleh pergi ke Superfundo.org. Website ini menawarkan torrent asli (genuine) untuk movie2 dari uploader2 dan ripper2 asal movie tersebut. Team SuperFundo ni juga akan mencuba dulu sume torrent sebelum direleasekan dalam website ni. Untuk TV-series pula, anda boleh cuba ShareTV.org. Website ini dapat membantu kita dalam mencari dan mendownload torrent cerita yang kita ikuti setiap minggu. Macam2 informasi kite boleh dapat dalam website ini. Untuk mp3 pula, kita boleh rujuk MP3nova.org.
Lagi satu, kita boleh guna terus encik Google untuk mencari file torrent dengan menggunakan keyword “<nama file> filetype:torrent”. Contohnya:
Antivirus Kaspersky filetype:torrent
Ada banyak lagi cara nak dapatkan file torrent tracker ni. Ape yang ada dalam post ni hanya cadangan dari kami sahaja. Kami tak akan mengecewakan anda punye la. Majulah torrent untuk negara!
Salam.. Seperti kita sedia maklum, Google merupakan enjin pencari yang terbaik sekali setakat ini. Google amat terkenal kerana pengindeksan carian yang tersusun dan berketepatan tinggi dengan keyword yang kita hendak cari. Ia juga mempunyai ’special keyword’ untuk pengguna-pengguna advanced. Tapi jarang antara kita yang tahu mengenainya.
Kita boleh mengambil kesempatan dari kehebatan encik Google ini dengan menggunakan special command untuk mendapatkan pelbagai file. Contohnya:
“parent directory ” [nama penyanyi atau album] -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sum
Kalau anda perasan, keywordnye hampir sama. Cume ada penukaran selepas “parent directory”. Konsepnya, Google akan menglistkan semua website yang membenarkan directory listing yang mempunyai istilah selepas perkataan “parent directory” seperti MP3 dan DVDRip (untuk video kualiti tinggi).
Juga terdapat satu lagi keyword yang sangat berguna iaitu:
?intitle:index.of? mp3
Ia akan menglistkan banyak mp3-mp3 yang mane anda boleh download secara terus secara percuma. Kalau nak lebih tepat kepada penyanyi atau tajuk lagu, hanya tambah perkataan tersebut selepas keyword di atas, contohnya:
?intitle:index.of? mp3 KRU
?intitle:index.of? mp3 bersamamu
Apa lagi, pegi la cari di Google dan dapatkan file2 yang anda nak. Tapi perlu di ingat, tak semua bende yang kita nak cari boleh dapat dengan cara ini. Ini hanyalah salah satu cara sahaja. Dah dapat download file yang korang nak cari tu, upload2 la kat apebarang.com tu. Boleh kongsi dengan kawan2 yang lain. Barulah hidup kite diberkati. Selamat beramal!
Youtube adalah satu platform untuk menonton video yang terbaik sekali setakat ini. Hampir semua video yang kita mahukan boleh didapati dari website ni. Kadang2 kita selalu sangat tengok video2 yang kita suka berulang kali setiap kali ke Youtube. Kenapa kita tak download je video2 tu? Kan lagi senang? Tak perlu lagi kita menunggu untuk video ini habis loading.
Terdapat beberapa cara untuk mendownload video2 jenis ini. Selalunye, video2 streaming di internet akan menggunakan format .flv (Flash Video) sbb ianya kecil dan berkualiti kerana menggunakan teknik video compression. Terdapat 3 cara, pertamanya dengan menggunakan Mozilla Firefox browser dan install satu extension, Video Downloader yang boleh didapati di sini. Cara ini sangat popular bagi pengguna Firefox kerana ianya sangat mudah. Untuk melihat dengan lebih jelas lagi, sila rujuk video contoh di bawah:
Kalau rase cara ni macam tak best je atau anda ada menggunakan perisian download manager tersendiri, anda boleh menggunakan cara kedua iaitu dapatkan URL untuk mendownload terus video ini di beberapa beberapa website. Website ini akan bertindak sebagai decoder kepada video URL + ID yang terdapat pada URL video tu. Antara website2 yang dimaksudkan ialah:
Apa yang anda perlu lakukan adalah copy URL dekat address bar browser anda, dan paste kan pada ruang yang terdapat dalam website2 di atas. Selepas itu, tekan Enter dan anda akan mendapat direct URL untuk ke file video tersebut mengikut format video.
Cara ketiga adalah dengan menginstall satu software yang namanya Youtube Downloader. Ianya boleh didapati di sini secara percume. Software ini berfungsi sama seperti yang lain cume ianya adalah standalone application. Sekali install terus boleh tahu macam mane nak gune.
Walaubagaimanapun, JaviMoya telah pun dikesan oleh YouTube dan YouTube telah meng’encode’ lagi URL video2 dan menyebabkan website ini tidak dapat mengeluarkan output yang betul. Cara yang paling terbaik sekali adalah dengan menggunakan Firefox Extension. Sangat mudah, selamat, tak perlu copy paste dan masih belum ada penyelesaian dari YouTube untuk menghalang extension ini dari mendapatkan video secara terus!
Bookmark This Blog