Apr 26
Untuk mengimbangi penggunaan internet pengguna, Internet Explorer melimitkan nilai connection kepada dua aktif download dan satu in-queue download. Ini kerana Internet Explorer (bukan IE7) bertindak sebagai standalone browser, dimana per website dibuka dalam satu Windows sahaja. Walaubagaimanapun, kita boleh mengubah nilai ini supaya jumlah connection yang boleh diterima oleh Internet Explorer bertambah sejajar dengan kelajuan internet kita sekarang.
Untuk menambahkan bilangan connection yang boleh diterima oleh Internet Explorer, ikut cara ini:
- Klik Start > Run > taip ‘regedit’ (tanpa quote)
- Pergi ke HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Internet Settings
- Klik Edit kat Menu bar > New > DWORD Value
- Namakan value ini sebagai ‘MaxConnectionsPer1_0Server’ (tanpa quote)
- Klik kanan dekat MaxConnectionsPer1_0Server value, pilih Modify
- Di bahagian Base, pilih ‘Decimal’
- Tukar nilai data Value Data kepada 10.
- Klik OK
- Ulang langkah 3 hingga 8 untuk satu lagi value iaitu ‘MaxConnectionPerServer’ (tanpa quote) dan keluar registry editor
Pengubahan setting ini bergantung juga kepada kelajuan internet anda. Pastikan anda berhati2 dalam pengubahsuaian file system. Jangan tersilap ubah pulak. Naya nanti!

Bookmark This Blog