May 30

Salam.. Ada banyak cara untuk kita memblock satu2 website itu dari access ke PC kite. Juga terdapat banyak software di pasaran yang boleh membantu kita menguruskan unwanted website ni. Dalam internet browser juga terdapat option yang boleh memblock website, tapi kelemahannya, pengguna lain boleh unblock balik website tu so macam tak guna je block. Lagi satu, kalo kite ade banyak browser, kene block satu2 la jawabnye.

Baru2 ini, Porsche Glenmarie ade nak beli satu software untuk sekadar block youtube aje sbb mekanik2 die selalu sgt tgk youtube kalo takde keje. Kenapa perlu beli software mahal2 utk memblock website sedangkan kita boleh je guna secara percuma? Pastu aku terus mengapply satu cara ni kat PC mechanic diorg iaitu:

1. Untuk Windows user, pegi kat Start > Run pastu taip command ni:

  • notepad C:/Windows/System32/drivers/etc/hosts

2. Tambahkan domain website yang hendak diblock di bawah 127.0.0.1 localhost:

127.0.0.1 localhost

127.0.0.1 youtube.com

127.0.0.1 msn.com

dan seterusnya

3. Save file tersebut dan exit.

Untuk UNIX-based operating system, buat bende yang same pada file /etc/hosts dengan menggunakan text editor.

Apa sebenarnya terjadi setelah setting ini dibuat?

Continue reading »

Apr 29

Salam.. Sekarang ni banyak betul broadband2 provider di Malaysia. Kalau dulu kita kene pakai dial-up, tapi sekarang ni sudah ade dedicated dan wireless broadband. Kalo dedicated broadband tu mestilah TMNET Streamyx dan Jaring yang paling terkenal kn? Kalo wireless lak selalunya Maxis Broadband, Celcom, dan iZZi. Ape jenis pun yang anda pakai, anda jangan rase yang penggunaan internet adalah membazir dan terhad. Kita mesti tahu utilize penggunaan internet ni supaya kita dapat faedah yang besar.

Kenapa kita perlu broadband di rumah? Ade pengguna internet yang sudah bekerja merasakan yang internet di rumah tu macam membazir. Sebab internet di ofis dah ade. Lagi pun internet ofis lagi hebat dan best (dedicated bandwidth, penggunaan unlimited dan boleh file-sharing dengan pengguna lain). Penggunaan internet yang efisien boleh membantu anda menjimatkan wang, masa dan tenaga sambil2 mendapatkan hiburan.

Aku ada jawapan kepada soalan di atas. Jawapan aku lak ade 10. So, aku list kan la satu2:

  1. Boleh mendapatkan movie2, mp3, video-clip, software yang best dan berkualiti tinggi dengan PERCUMA.
  2. Boleh menonton Streaming-TV untuk menonton bola, documentary dan lain2 dengan PERCUMA.
  3. Boleh membeli belah pakai online banking sambil duduk.
  4. Boleh memudahkan komunikasi antara pengguna lain dengan adanya YM, MSN dan GoogleTalk secara PERCUMA.
  5. Boleh meningkatkan pengetahuan dan membuka minda dengan membaca hampir semua jenis paper, website, blog dan forum setiap hari secara PERCUMA.
  6. Boleh membuat keje dari rumah tanpa perlu ke ofis (bagi yang keje bidang IT macam aku).
  7. Boleh mencari sumber pendapatan dengan membuat blog, advertising, jual barang dan macam2 servis lain.
  8. Boleh meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan PC kita kerana anti virus, operating system dan aplikasi2 lain boleh di update secara online dan PERCUMA.
  9. Boleh menghiburkan dan menghilangkan bosan dengan menonton pelbagai jenis video dan rancangan kat streaming website contohnya YouTube, DailyMotion, gua.com.my dan murai.com.my secara PERCUMA.
  10. Tak payah beli TV, DVD player, radio atau alat-alat media yang lain sebab semuanya boleh didapati secara online.

Kalau diteliti dalam list di atas, perkataan PERCUMA digunakan sebanyak 6 kali. Jadi, dengan hanya membayar satu nilai setiap bulan(bergantung pada pakej broadband anda), anda boleh mendapat segala kelebihan di atas tanpa mengeluarkan sesen pun. Sangat berbaloi kan? Nantikan post2 yang akan datang tentang bagaimana kita boleh melaksanakan 10 perkara di atas dari rumah. Chalo!

Apr 22

Salam.. Tahukah anda selain http:// servis untuk website, terdapat juga ftp:// servis yang boleh anda browse dengan mudah menggunakan browser anda? FTP (File Transfer Protocol) adalah satu cara sistem penukaran file melalui internet. Selalunya, FTP digunakan untuk memudahkan upload dan download file anda. Kepada pengguna yang mempunyai web-hosting sendiri, mesti tahu akan apa itu FTP.

Kali ini saya ingin menunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk mendapatkan file2 percuma dengan mencari laman2 FTP lain. Ramai pengguna mesti tak sangka yang cara ini adalah berkesan dan mudah untuk mendapatkan banyak file yang boleh didownload.

Anda boleh menggunakan beberapa website yang bertindak sebagai enjin pencari FTP. Same seperti Google, tetapi ianya tertumpu kepada FTP. Salah satu FTP indexer yang popular adalah NAPALM FTP Indexer. Ia boleh mencari dan mencapai sehingga 1626 FTP server, 8318572 files berjumlah 73.14 TB(terabytes).

Dalam website ini, isikan nama file yang anda nak cari dalam ruang keyword dan klik Search. NAPALM akan mengindekskan segala file yang boleh dicapai melalui FTP. Semua outputnya itu adalah direct link yang terus ke file tersebut. Jadi, hanya klik pada mane2 link output, dan anda akan dapat download terus file tersebut. Sangat mudah kan??

FTP indexer sangat berguna untuk mencari file2 yang sederhana besar seperti mp3, software, plug-in dan lain2. Cubalah..anda mesti dapati cara ini lebih mudah dan berbaloi.