Jun 17
Tahukah anda yang anda boleh menaip ape yang anda nak cari terus di address bar Firefox anda? Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mencari website PTPTN, hanya perlu terus ke address bar dan taip PTPTN. Firefox akan automatik pergi ke Google dan mencari website yang paling tepat dengan carian dan menredirect terus ke website itu. So, anda tak perlu ke enjin pencari lagi sekiranya anda tak tahu alamat sebenar website yang anda nak pegi tu.
Satu lagi tips ialah anda boleh membuka new tab dari link pada satu website secara terus dengan klik pd scroller anda. Kebanyakan mouse skrg ni dah ade scroller kat tengah2 tu. Sekiranya ada scroller, gi kat mane2 website dan klik pada link dengan menekan scroller, Firefox akan membuka website pada new tab. Nak tutup balik tab tu, simply click je kt tab tu dengan scroller button. Tak perlu click icon pangkan tu.
Selain itu, carilah plug-in2 menarik di website addon Firefox. Anda boleh menyesuaikan nya dengan penggunaan rutin anda utk memudahkan kerja. Ringkas bukan?? Ade lagi tak tips2 menarik? Mari la berkongsi.. Kongsi itu amalan mulia kalo korang nak tahu.hehe
May 30
Salam.. Ada banyak cara untuk kita memblock satu2 website itu dari access ke PC kite. Juga terdapat banyak software di pasaran yang boleh membantu kita menguruskan unwanted website ni. Dalam internet browser juga terdapat option yang boleh memblock website, tapi kelemahannya, pengguna lain boleh unblock balik website tu so macam tak guna je block. Lagi satu, kalo kite ade banyak browser, kene block satu2 la jawabnye.
Baru2 ini, Porsche Glenmarie ade nak beli satu software untuk sekadar block youtube aje sbb mekanik2 die selalu sgt tgk youtube kalo takde keje. Kenapa perlu beli software mahal2 utk memblock website sedangkan kita boleh je guna secara percuma? Pastu aku terus mengapply satu cara ni kat PC mechanic diorg iaitu:
1. Untuk Windows user, pegi kat Start > Run pastu taip command ni:
- notepad C:/Windows/System32/drivers/etc/hosts
2. Tambahkan domain website yang hendak diblock di bawah 127.0.0.1 localhost:
127.0.0.1 localhost
127.0.0.1 youtube.com
127.0.0.1 msn.com
dan seterusnya
3. Save file tersebut dan exit.

Untuk UNIX-based operating system, buat bende yang same pada file /etc/hosts dengan menggunakan text editor.
Apa sebenarnya terjadi setelah setting ini dibuat?
Continue reading »
Apr 24
Salam.. Selalunya pengguna Windows akan membuat hidden folder dengan cara klik kanan > properties > tandakan pada hidden dan klik OK, betul tak?
Ada satu lagi cara best. Cara ini membuatkan folder anda tidak dibaca sebagai hidden folder oleh Windows dan anda boleh mengakses dengan double-click seperti folder2 lain. Ia hanya menginvisblekan folder tersebut. Walaupon anda tukar setting ‘Show Hidden File’ pun, folder ni takkan nampak. Caranya adalah:
- Buat satu folder di mane2 directory yang anda mahu (klik kanan > New > Folder)
- Klik kanan pada folder baru dan pilih Rename.
- Tekan butang “Alt” (selalunya sebelah spacebar) dan taip “0160″ (mesti pakai Numpad - nombor2 yang dekat sebelah kanan keyboard anda) dan tekan Enter.
- Anda telah berjaya menghilangkan nama folder anda!
- Klik kanan pada folder itu lagi, Properties > Customize > Change Icon > pilih icon yang tak mempunyai gambar (selalunya ia terletak sebelah icon mangga dan icon bumi)
- Klik OK dan Apply dan OK. Anda telah siap membuatkan folder anda invisible. Kalau anda letak kat bahagian Desktop, confirm kawan2 tak perasan yang folder anda ada di situ!
Bookmark This Blog