May 20

Salam..Dah lama gila aku tak update blog ni. Mesti ade yang rindu2 kn? Haha.

Arini nak cerita sikit pasal torrent. Ramai pendownload2 di Malaysia ni selalu menggunakan torrent sebagai medan terbaik untuk mendownload. Memang mudah pakai torrent ni. Tapi ianya agak lembap sebab kite mendownload file dari PC pengguna2 lain. Tapi penggunaan setting yang advanced akan membuatkan torrent kite laju gile. Tak percaya? Tengok gambar bawah ni:


Klik gambar untuk lagi clear. Tumpukan pada bulatan merah tu.

Agak2 korang, camne boleh laju camtu? Aku tengah download G3 concert yang baru. Full DVD version berkapasiti 5.57GB. Dalam masa 18 minit start mendownload, kelajuan yang dicapai adalah 500 KB/s. Kalau dilihat, bilangan seeder dan leecher die tak ramai pun. Ini lah kehebatan VPN. Nak tahu camne nak gunakan VPN untuk kelajuan maksima download anda? Tunggu post yang akan datang. Hehe

Apr 21

Saya ada menyebut dalam post2 sebelum ini tentang risiko mendownload file yang berkemungkinan dijangkiti virus, spyware dan adware. Kenapa saya kata begitu?

Semua pengguna internet di dunia ni akan memilih untuk mendownload ape2 file atau menggunakan servis website2 yang percuma. Contohnya, torrent dan limewire kerana ianya sangat mudah digunakan. Ini untuk mengurangkan kos dan kita akan rase ape yang kita dapat itu sangat berbaloi. Hackers dan crackers akan mengambil kesempatan dari sumber yang free ini untuk menyebarkan “dakwah” mereka. Selalunya, virus, spyware dan adware ini akan menolong hackers/crackers untuk melancarkan serangan mereka secara senyap apabila berjangkit ke PC kita.

Anda tahu brontok(atau rontok-bro)? Ini adalah virus yang pernah popular di Malaysia. Virus ini akan meng’take-over’ PC kita dan melakukan macam2 benda yang kita tak tahu disebaliknya. Contohnya, ia akan menyerang mane2 website Israel dengan menghantar banyak paket besar dari PC anda. Selalunya PC yang kene virus ini akan jadi lembap, sama ada nak mulakan Windows ataupun tengah pakai Internet.

Agak sukar untuk kita menentukan sama ada file yang kita download itu ada virus atau tak. Kita hanya akan tahu bile ia sudah didownload ke dalam PC kita saje. Sebelum didownload, pastikan ianya datang dari sumber yang dipercayai. Contohnya kalau kita nak download sesuatu software, download di website pengeluar produk itu sendiri atau ke website download yang popular seperti download.com, softpedia.com, tucows.com dan sourceforge.net.

Continue reading »

Apr 20

Website torrent tracker adalah enjin pencari yang meng’host’kan tracker file untuk digunakan oleh torrent client (uTorrent, BitComet, Azureus) anda. Untuk siape2 yang tak tahu apa itu torrent tracker, sila baca post yang lepas atau klik sini. Ramai pengguna di Malaysia ini lebih memilih cara torrent untuk mendapatkan file2 yang besar seperti movie, tv-series satu season, discography, software dan macam2 lagi. Sebab utama adalah free dan mudah.

Satu cara yang berkesan untuk memilih website torrent mane yang mempunyai sumber torrent terbaik dan terbanyak adalah dengan merujuk Alexa (website trafik informasi). Sekiranya website itu mempunyai trafik yang tinggi, sudah tentu website itu dipercayai dan popular. Antara website torrent yang terbaik dan terpopular sekali sehingga kini (ranking Alexa - 20/4/2008):

  1. MiniNova
  2. ThePirateBay.org
  3. isohunt.com
  4. torrentz.com
  5. demonoid.com

Secara keseluruhannya, website torrent yang ada dalam list di atas mempunyai banyak file torrent tapi tak boleh dipercayai keasliannya. Ini memungkinkan anda mendownload file yang telah dijangkiti virus, spyware, adware dan macam2 bende yang kita tak ingin berjangkit ke PC kita. Untuk mempercepatkan download torrent, kita mesti memilih torrent yang mempunyai seeder dan leecher yang banyak.

Ada juga beberapa website torrent yang menumpukan pada pengeluaran satu2 jenis torrent. Contohnya, kalau anda nak mencari torrent untuk high-quality movie(DVDrip), anda boleh pergi ke Superfundo.org. Website ini menawarkan torrent asli (genuine) untuk movie2 dari uploader2 dan ripper2 asal movie tersebut. Team SuperFundo ni juga akan mencuba dulu sume torrent sebelum direleasekan dalam website ni. Untuk TV-series pula, anda boleh cuba ShareTV.org. Website ini dapat membantu kita dalam mencari dan mendownload torrent cerita yang kita ikuti setiap minggu. Macam2 informasi kite boleh dapat dalam website ini. Untuk mp3 pula, kita boleh rujuk MP3nova.org.

Lagi satu, kita boleh guna terus encik Google untuk mencari file torrent dengan menggunakan keyword “<nama file> filetype:torrent”. Contohnya:

  • Antivirus Kaspersky filetype:torrent

Ada banyak lagi cara nak dapatkan file torrent tracker ni. Ape yang ada dalam post ni hanya cadangan dari kami sahaja. Kami tak akan mengecewakan anda punye la. Majulah torrent untuk negara!